Kucing Bengal
 |
Bengal |
Kucing Bengal adalah hasil dari kacukan Kucing tempatan biasa(Domestic cat) dengan Harimau Bintang Asia (Asian Leopard Cat-ALC).
generasi pertamanya dipanggil Felis Bengalensis yang juga dikenali
sebagai Leopardette, tetapi kemudian namanya secara rasmi sebagai BENGAL
adalah untuk mengaitkan dengan nama saintifik "Leopard cat"(Harimau
Bintang/Harimau Kumbang) iaitu Felis Bengalensis. Banyak cubaan
mengkacukkan kucing tempatan biasa dengan kucing-kucing liar telah
dilakukan. Namun kesemuanya menghasilkan keturunan yang mandul. Dimana
spesis ini tidak dapat membiak dan berkembang. Tapi berlainan dengan
'Asian Leopard Cat' (harimau bintang/kumbang) ini kerana mereka
merupakan spesis istimewa kerana dapat menghasilkan keturunan yang subur
dan boleh berkembang dengan pesat. Bengal adalah kucing yang bersaiz
sederhana dan besar(medium to large size).
Bengal
dikenali dan diminati kerana keunikan warna dan keunikan corak bulunya.
Warna yang terang dan bintik-bintik dibadan yang begitu jelas dan mirip
kepada corak harimau bintang membuatkan orang terpesona dan tertarik
hanya dengan sekali pandang. Hanya Bengal yang boleh mempunyai tanda
bulu seperti bunga rose seperti tanda bulu yang terdapat pada Leopards, Jaguar dan Ocelots.
Hari ini kucing Bengal dibiakkan hanya dari spesis yang sama juga iaitu
Bengal+Bengal = Bengal tanpa memerlukan penjagaan yang
tertentu(specialized care). Bermula pada tahun 1986 Bengal mula memukau
para-para peminatnya dan semakin mendapat permintaan yang tinggi
kebelakangan ini. Para-para pembiak(breeder) Bengal sentiasa memilih
dengan berhati-hati dari segi perangai/karektor, kesihatan dan
kecantikannya untuk dijadikan permaisuri untuk membiak spesis ini. Ini
adalah untuk memastikan anak bengal yang baru lahir mencapai standard
yang di tetapkan oleh mana-mana persatuan-persatuan kucing yang
diiktiraf dunia.
 |
Asian Leopard Cat |
Di dalam sejarah, ada menunjukkan bahawa manusia
tertarik dan minat dengan kucing liar yang menghuni hutan belantara
untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Setakat yang ada tercatat
dimana-mana jurnal atau apa-apa jua sumber dahulu ditemui seawal tahaun
1889 manusia sudah mula cuba mengkacukan 'Domestic cat' dengan spesis
kucing-kucing liar bertujuan untuk mempercepatkan proses penjinakan dan
dapat mengurangkan sifat,karektor dan naluri liar spesis ini. Namun
begitu ada yang berjaya dan ada yang tidak. Malahan yang berjaya pun
hanya dapat menghasilkan kucing-kucing yang mandul dan tidak dapat
membiak dan berkembang. Ada juga yang subur untuk dibiakkan tetapi
ciri-ciri liarnya terlalu tinggi(very wild) dan di bela dan disimpan di
zoo untuk pengkajian.
 |
F1 Bengal |
Pada tahun 1946 Jean S.Mill telah mula mengkacukkan
'Domestic Cat' + 'Asian Leopard Cat'. Dari hasil kacukan ini pada tahun
1963 Mrs Mill telah mengkacukan 'Domestic Cat+Asian Leopard Cat' +
'Asian Leopard Cat'. Pada tahun 1970 Dr. William Centerwell daripada
Universiti California telah membuat kajian dan mendapati Asian Leopard
Cat immunisasi terhadap penyakit Leukimia kucing. Didalam tahun 70-an
ini juga ramai pembiak mula giat membiak beberapa spesis lain di kacukan
dengan 'Asian Leopard Cat'. Kucing-kucing yang dipilih ialah,
Abyssinian,Ocicat, Egyptian Mau dan British shorthair. Diawal 1980
bengal yang diasaskan oleh Puan Mill bermula dibiakkan secara meluas.
Kini ada juga spesis Bengal yang dikacukan hasil dari beberapa spesis
lain seperti Abyssinian, Ocicat, Egyptian Mau dan British Shorthair.
Nama Bengal diambil sempena nama saintifik kepada Asian leopard Cat
iaitu 'Prionailurus Bengalensis'. Hasil
kacukan oleh Puan Mill didaftarkan sebagai foundation(F1,F2 dan F3).
Ketika ini Bengal tidak dibenarkan untuk memasuki mana-mana
pertunjukkan kucing. Hanya kucing betina yang diambilkira didalam proses
membiaknya.(hanya memilih yang terbaik dari betina). Bengal diterima
sebagai satu Baka baru pada tahun 1983 dan 1986 oleh TICA(The
International Cat Assosiation) dan mendapat gelaran juara pada 1991 oleh
TICA.
Kini
Bengal merupakan kucing "favorite" di dalam mana-mana pertunjukkan
kucing yang dianjurkan oleh TICA. Walaupun kini bengal semakin diminati
namun masih banyak persatuan dan organisasi kucing yang tidak
mengiktiraf Bengal sebagai satu baka pedigree/purebreed. Contohnya
persatuan dan organisasi kucing yang terbesar didunia ACFA(American Cat
Francier Association) tidak mengiktiraf baka ini kerana CFA (Cat
Francier Association)mengkategorikan Bengal sebagai liar.
Bengal
adalah spesis kucing yang aktif, mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi
dan suka akan ketinggian. Sekiranya anda mengharapkan seekor kucing
yang suka duduk dibawah melepak, Bengal bukanlah jenis yang sesuai.
Bengal adalah spesis yang sibuk dengan alam semulajadi(busy by nature).
Selain itu Bengal juga merupakan spesis yang sangat manja dengan
manusia. Bengal suka dibelai dan diriba oleh manusia. Ia juga digelar
sebagai 'LAP CAT'. kegemaran bengal ialah ialah bermain. Bermain
yang dimaksudkan disini ialah kejar mengejar, memanjat dan menyiasat
dikawasan persekitarannya. Mereka cukup pandai membahagikan masa tidur
mereka dengan bermain. Kebanyakkan Bengal tidak mempunyai masalah
dengan air dan suka akan air.
Secara
umumnya bengal suka sentiasa bersama anda dimana sahaja anda berada
dirumah. Anda masuk kebilik ke dapur mahupun ke bilik air, Bengal
akan sentiasa bersama anda. Bengal juga dipanggil si aksi(the action).
Jika anda memberi pilihan barang permainan yang statik berbanding barang
permainan yang bergerak-gerak yang sukar diramal pergerakannya Bengal
akan memilih yang bergerak-gerak kerana ini lebih menguji kemahirannya
memburu. Ada juga Bengal mengeluarkan bunyi mengiau, tetapi kebanyakkan
Bengal yang asli tidak mengiau, tetapi mereka mengeluarkan sejenis bunyi
yang unik.
CIRI-CIRI BENGAL
Bengal
terkenal dan dikenali melalui bulunya yang pendek dan corak bulu yang
unik. Bengal terdiri daripada dua corak bulu, iaitu
berbintik-bintik/bertompok-tompok(spotted) dan berbentuk seperti corak
batu marmar(marbles). Corak berbintik-bintik(spotted) adalah seperti
gambar dibawah:-
 |
Spotted Bengal |
 |
Brown Spotted Bengal |
Manakala bercorak marmar(marbles) adalah seperti dibawah:-
 |
marble Bengal |
 |
marble Bengal |
 |
Brown (Black) Spotted |
Bengal berbeza
berbanding kucing lain dari rupa paras, bentuk fizikal, bulu yang
berkilauan emas dan corak bulu yang serupa dengan kucing -kucing liar
seperti Jaguar. Bengal mempunyai muka yang bulat (rounded) mata yang
besar dan bulat serta telinga yang besar, bulat dan tidak begitu
panjang. Garisan-garisan corak bulu di bahagian muka dan misai
melambangkan ciri 'wild' yang dikagumi oleh peminatnya. Bengal mempunyai
pelbagai warna namun hanya beberapa warna sahaja diterima oleh TICA.
Ada beberapa warna yang diterima TICA iaitu:- "Brown Tabby, Seal Sepia
Tabby,Seal Mink Tabby, Seal Lynx Point, Black Silver Tabby, Seal Silver
Sepia Tabby, Seal Silver Mink Tabby, Seal Silver Lynx Point. Spotted or
Marbled Patterns ONLY".